Connect with us

Info

Contoh Ujian MEdSI Bagi Kemasukan UPU 2019

Published

on

pelajar mengambil ujian

Ujian MEdSI adalah ujian yang diambil oleh calon yang telahpun mengisi permohonan upu secara online.

Permohonan UPU bagi tahun 2019 mulai diisi pada 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019, selepas itu, program tertentu akan mengambil Ujian MEdSI terlebih dahulu sebelum

Mereka yang lulus ujian ini akan dipanggil untuk mengikuti temuduga.

Pada artikel kali ini, kami kongsikan serba ringkas contoh-contoh ujian MEdSI untuk tujuan rujukan anda yang akan mengambil ujian ini pada tahun ini.

Apakah Itu Ujian MEdSI

MEdsi merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory. Ianya merupakan satu ujian bagi mengikuti kursus Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi negara. Ujian ini berbentuk Psikometrik. Sebanyak 300 soalan perlu dijawab dalam masa sejam. Keputusan peperiksaan MEdSI ini akan dipaparkan melalui laman web rasmi UPU.

Contoh Soalan Ujian MEdSI

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak mengeluarkan contoh khusus soalan-soalan Ujian MEdsi. Bagaimanapun, berikut adalah contoh soalan yang boleh keluar di dalam ujian ini.

Soalan adalah berbentuk pilihan 2 pilihan jawapan. Sama ada wajar atau tidak wajar, setuju atau tidak setuju

ujian medsi

Selain itu, terdapat juga soalan berbentuk mempunyai pilihan jawapan daripada Sangat bersetuju sehingga sangat tidak bersetuju. Contohnya, anda boleh lihat gambar tertera di bawah ini;

medis setuju tidak setuju

Sebagai kesimpulan, ujian ini tidaklah memerlukan ulangkaji dan pembacaan sangat. Ini kerana, ianya dijawab berdasarkan pandangan peribadi dan juga personaliti kendiri calon yang mendudukinnya.

Format Soalan ujian MEdSI

Format ujian Medis adalah seperti berikut:

Ianya terbahgai kepada 4 bahagian iaitu;

  • Personaliti – 110 Soalan
  • Minat kerjaya – 60 Soalan
  • Nilai Integiri – 70 Soalan
  • Kecerdasan Emosi – 60 Soalan

Jumlah kesemuanya adalah sebanyak 300 item.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki ujian Medsi ini.

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Saifulfx

    June 27, 2019 at 3:17 pm

    All the best kepada yang menduduki ujian ini. Dengan persedian yang rapi dan ketenangan mental anda boleh melalui ujian ini dengan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.