Connect with us

Info

Resepi Kuih Almond London Sukatan Cawan

Published

on

resepi almond london

Hari raya kian tiba. Antara resepi kuih raya yang mendapat perhatian ramai orang adalah Kuih Almond London. Apabila bertandang ke rumah-rumah semasa Aidilfitir, selalunya kuih ini sahaja yang akan habis dengan cepat.

Artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda cara membuat Almond London Sukatan Cawan. Lepas ini bolehlah anda sendiri membuatnya tanpa harapkan untuk bertemu kuih ini di rumah-rumah yang diziarahi.

Resepi Kuih Almond London Sukatan Cawan

resepi almond london

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut Almond London;

  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara Penyediaan

  1. Pukul mentega dan juga gula hingga menjadi sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul pula sehingga rata.
  2. Selepa itu, masukkan nestum, tepung jagung serta tepung gandum. Uli campuran tadi sehingga menjadi doh lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak kemudian sejukkan.
  5. Masak coklat masakan, gunakan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat tadi. Kaedah double boiler juga boleh digunakan.
  6. Apabila coklat telahpun cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji demi sebiji.
  7. Isikan dalam paper cup kemudian tabur badam cincang di atasnya.
  8. Biarkan coklat tadi membeku pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

Selamat membuat Kuih Almond London dengan sendiri. Jangan lupa untuk kunjungi Floria Putrajaya diraja pada Ogos ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.